CGTN: Merapatkan tradisi dan teknologi: Gala Festival Musim Bunga CMG 2025 memasuki peringkat akhir
CGTN menerbitkan artikel yang membincangkan mengapa Gala Festival Musim Bunga atau Chunwan, merupakan acara bermakna untuk semua orang Cina dan berfungsi sebagai ikatan yang menyatukan emosi yang dikongsi bersama oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Artikel tersebut juga menekankan cara Gala 2025 akan secara lancar menyepadukan budaya tradisional Cina dengan teknologi termaju, menjadikannya perayaan budaya Cina yang benar-benar unik.
/EIN News/ -- BEIJING, Jan. 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Gala Festival Musim Bunga China Media Group (CMG) 2025, asas perayaan Tahun Baru Cina telah memasuki fasa latihan terakhirnya. Dikenali dengan kepentingan budaya yang kaya, acara tahunan ini atau Chunwan di China, menggabungkan inovasi dengan tradisi, memikat penonton di China dan di seluruh dunia.
Pada 22 Januari, gala tersebut telah melengkapkan latihan keempatnya, memuktamadkan barisan persembahan dan elemen teknikalnya. Dengan teknologi AR dan VR yang canggih, rancangan ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan, menggabungkan aksi klasik seperti lagu, tarian, sketsa dan dialog lawak dengan elemen interaktif untuk melibatkan penonton dan menarik penonton yang lebih luas, terutamanya generasi muda.
Untuk menambahkan suasana perayaan, gala tersebut telah memperkenalkan maskot rasminya, "Si Sheng Sheng," seekor ular hijau bertenaga yang melambangkan Tahun Ular. Diinspirasikan oleh budaya tradisional Cina, reka bentuk itu menggabungkan butiran rumit seperti corak lingkaran daripada "Ruyi", perak berlapis emas yang ditemui di Kuil Famen di Shaanxi, barat laut China, yang mewakili kemakmuran. Badan maskot tersebut menampilkan sulur buah anggur yang saling berkait, melambangkan kecergasan dan dihiasi dengan bunga seperti begonia, magnolia serta peony yang dihasilkan dengan teknik kerawang yang indah. Reka bentuk yang bijak tersebut menggabungkan warisan dengan kesenian, merangkumi semangat perayaan Festival Musim Bunga.
Gabungan tradisi dan kemodenan
Sejak penubuhannya pada tahun 1983, Gala Festival Musim Bunga telah menjadi ciri budaya Tahun Baru Cina, meraikan warisan negara melalui persembahan seperti opera, lagu rakyat, tarian, sketsa dan dialog lawak. Tahun ini, sambil mengekalkan tradisi ini, gala tersebut akan merangkul ekspresi kreatif moden.
Reka bentuk pentas Gala 2025 mendapat inspirasi daripada tongkat "Ruyi", artifak tradisional Cina yang melambangkan hasrat yang dipenuhi. Pentas yang berbentuk tongkat menghubungkan penghibur dengan penonton, mewujudkan suasana harmoni. Unsur-unsur adat Festival Musim Bunga, termasuk pemotongan kertas, wayang kulit dan simpulan Cina akan diserapkan ke dalam visual, pakaian dan lirik pertunjukan, menekankan keaslian budaya.
Antara persembahan yang menonjol ialah The Pillars, sebuah lakonan lagu dan tarian yang diilhamkan oleh Central Axis Beijing, yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Persembahan ini meraikan kepintaran seni bina China purba, menggabungkan tema sejarah dengan kesan visual yang menakjubkan. Satu lagi sorotan, Beauty by the Water, menggabungkan balet dan tarian tradisional Cina untuk menjelmakan keanggunan dan kecairan air, mengikut melodi lagu At the Waterside.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Gala Festival Musim Bunga telah menerima kemajuan teknologi untuk meremajakan bentuk seni tradisional. Gala 2025 akan meneruskan arus aliran ini: Bentuk seni tradisional, seperti Opera Peking dan Opera Henan akan dipertingkatkan dengan kesan pentas moden serta multimedia; interaktiviti digital dan unjuran holografik akan mengubah tarian serta lagu rakyat kepada pengalaman berbilang dimensi. Penyepaduan teknologi dan budaya bukan sahaja memberi nafas baharu kepada seni tradisional, tetapi juga memperdalam hubungan penonton dengan warisan budaya China.
Hubungan emosi orang Cina
Bagi berjuta-juta keluarga Cina, Gala Festival Musim Bunga bukan sekadar sebuah acara televisyen — ia merupakan tradisi Tahun Baru yang dihargai. Menonton gala bersama-sama melambangkan perpaduan, kemesraan dan kegembiraan pertemuan semula. Hubungan emosi melangkaui sempadan fizikal, menghubungkan keluarga di seluruh dunia.
Di samping meraikan ikatan kekeluargaan, gala tersebut mencerminkan perubahan dan isu masyarakat melalui sketsa yang lucu dan dialog lawak, yang mencetuskan gelak ketawa serta renungan. Gala 2025 akan meneruskan tradisi ini, menawarkan cerapan tentang tema sosial kontemporari sambil menjiwai semangat zaman ini.
Gala itu juga mempamerkan kepelbagaian budaya China, menonjolkan tradisi serantau dan bentuk seni yang memupuk rasa bangga dan kekitaan. Melalui gabungan keceriaan perayaan, perayaan kebudayaan dan kesenian yang inovatif, Gala Festival Musim Bunga kekal sebagai simbol perpaduan dan identiti budaya yang berkekalan.
Acara tahun ini menjanjikan sambutan yang meriah terhadap masa lalu dan pandangan menarik ke masa depan, mengukuhkan peranan gala sebagai penghubung antara tradisi dan kemodenan, serta sebagai ikatan yang tulus di kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila klik:
https://news.cgtn.com/news/2025-01-25/2025-CMG-Spring-Festival-Gala-Blending-tradition-with-technology-1ArId23PnKE/p.html
Hubungi: cgtn@cgtn.com
Distribution channels: Media, Advertising & PR
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release